Di Penjara 10 Tahun!, Berita Sedih Buat Peminat Ummi Nazera.. Kesiannya.. Tak Sangka Boleh Jadi Macam Ni.. Jangan Main-main Dengan Undang-undang…

Hikayat Dunia

Di Penjara 10 Tahun!, Berita Sedih Buat Peminat Ummi Nazera.. Kesiannya.. Tak Sangka Boleh Jadi Macam Ni.. Jangan Main-main Dengan Undang-undang

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun ke atas bapa pelakon Ummi Nazeera berhubung kes berkaitan penggunaan dokumen palsu, semalam.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah membuat keputusan berkenaan selepas menolak rayuan dikemukakan ahli perniagaan terbabit, Datuk Zainulabidin Mat Akhir, 66.

Pada 25 November 2015, bapa pelakon Ummi Nazeera itu dihukum penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya.

Dalam penghakimannya, Mohamad Shariff berkata, tiada sebarang kekhilafan oleh hakim Mahkamah Sesyen ketika membuat keputusan berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, Mahkamah Tinggi tidak mahu mengganggu keputusan yang sudah dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen.

“Mahkamah memerintahkan perayu menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini (semalam), manakala rayuan untuk penangguhan ditolak,” katanya.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhd Ilmami Ahmad, manakala perayu diwakili peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Zainulabidin disabitkan bersalah menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen untuk memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn Bhd daripada Datuk Seri Maziah Musa, 53, selaku pemberi pindah milik kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik Ahmad Fikhri dan seorang lagi anak, Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat BTIS Manufacturer Sdn Bhd.

Semua kesalahan itu dilakukan di pejabat Indah Secretarial Management, 18-1, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, Sentul, di sini, antara Disember 2006 dan Mei 2009.

Ahli perniagaan itu disabitkan bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda bagi setiap pertuduhan.

Sumber: Berita Harian

 

 

Auto Draft
Hikayat Dunia
Telur Misteri. Apabila telur ini menetas, alangkah terkejut apabila melihat rupanya – rupanya…

Terdapat banyak spesies flora dan fauna di dalam dunia ini yang masih belum ditemui dan dikenali seperti telur yang dijumpai oleh pemuda ini di hutan. Pemuda ini menemui satu spesies unik yang berupa seperti telur burung yang aneh dan misteri. Dengan menyangka ia telur dari seekor burung, pemuda ini memerhati …

Hikayat Dunia
‘Memang Saya Akan Mengelak Kalau Nampak Dia’ – Jihan Pernah Kena ‘Sound Tepek’ Dengan Kak Zai..

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai status yang telah dimuatnaik oleh pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang mendapat pelbagai kecaman bukan sahaja dari netizen malah artis- artis di Malaysia. Walaubagaimanapun, pengkritik terbabit yang lebih dikenali sebagai Kak Zai telah memohon maaf kepada semua pihak. Menerusi temubualnya bersama Astro Gempak, …

Image result for selebriti yang pernah menjadi guru
Hikayat Dunia
6 Selebriti TOP Malaysia Ini Pernah Bergelar ‘CIKGU’! Pelakon Jelita No.3 Memang Tak Sangka Sangat!

Bergelar seorang pendidik adalah satu pekerjaan yang mulia kerana dapat membantu dan membimbing seseorang itu sehingga menjadi individu yang berjaya. Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, berikut kami kongsikan selebriti yang pernah bergelar pendidik: 1. Ana Rafali Peserta Gema Gegar Vaganza ini merupakan seorang …

%d bloggers like this: