Segi Tiga Bermuda-Misteri Aneh Dunia Dan Masih Belum Terungkai

Hikayat Dunia

 

Pasti anda semua pernah mendengari tentang kisah seram dan misteri tentang segi tiga bermuda. Segi tiga bermuda ialah sebuah kawasan segi tiga yang terbentuk di kawasan Lautan Atlatik Utara, dari Bermuda Island ke Miami,USA dan Puerto Rico. Ia juga digelar sebagai “The Devils Triangle”.

Beratus orang, serta beberapa Kapal,bot dan kapal terbang telah hilang dikawasan segitiga itu. Berikut adalah beberapa fakta dari sains dan mistik tentang segitiga Bermuda:

1. Segitiga Bermuda bukanlah kecil kerana ia meliputi kawasan selebar 440,000 Batu (708,111 KM), Semenanjung Malaysia (131,598 KM). Segitiga Bermuda tidak selalunya tetap, kadang-kadang kejaidan-kejadian aneh ini boleh berlaku di luar garisan yang dimaksudkan.

2. Sehingga kini, apabila berlaku saja kejadian kapal terbang atau kapal hilang,serpihannya tidak pernah ditemui. Antara kapal terbang yang hilang ialah pesawat Star Tiger, Diberitakan juruterbang telah mengumumkan bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat di tempat yang dituju tanpa sebarang halangan, malangnya tanpa sebarang sebab kapal terbang itu tiba-tiba lenyap dan bangkainya tidak ditemui sehingga ke hari ini.

3. Sehingga kini ia telah meragut 1000 nyawa dan purata 4 pesawat dan 20 kapal layar. Di dalam Segitiga Bermuda, Kerajaan AS mempunyai AUTEC untuk Pusat Ujian dan Penilaian Undersea Atlantik, yang terletak di Pulau Andros di Bahamas. Di sini Tentera Laut Amerika menguji kapal selam, sonar dan senjata lain. Walau bagaimanapun ramai berpendapat bahawa ia lebih daripada sekadar pusat ujikaji untuk mengkaji tentang lautan misteri ini.

4. Dikatakan orang yang melalui kawasan tersebut akan terputus hubungan dengan alat-alat elektronik. Digelarkan sebagai “time Travel Tunnel”. Salah seorang juruterbang yang berjaya melepasi kawasan misteri itu pernah mengalami situasi hilang dari radar selama 28 minit dan hanya muncul semula di Pantai Miami.

5. Orang pertama yang menjumpai tentang segitiga Bermuda ialah Christopher Columbus. Dalam penulisan jurnal beliau ada menyatakan didalam kawasan tersebut kompas kapal beliau tidak berfungsi dan dia juga nampak seperti bebola api di udara.

6. Segitiga Bermuda adalah satu tempat yang sangat “rare” di muka bumi ini, dimana kompas tidak menunjukkan ke arah Magnet Utara tetapi ia menunjukkan ke arah Utara yang sebenar. Perkara ini telah menyebabkan kekeliruan dan sebab itu lah banyak kapal dan pesawat hilang didalam kawasan Segiti Bermuda ini.

Satu keajaiban dunia yang masih belum dirungkai oleh manusia. Apa sebenarnya berlaku di sana dan kemana hilangnya kapal-kapal, dan pesawat tersebut?

 

Sumber : Pelbagai

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: