[VIDEO] Pembedahan Pemindahan Kepala Pertama Di Dunia Masih Lagi Dijadualkan Pada Hujung Tahun 2017

Image result for first head transplant surgery
Hikayat Dunia

ROME: Pakar bedah saraf kontroversi Itali, Dr Sergio Canavero, sebelum ini telah mengumumkan seorang pesakit China akan menjadi orang pertama menjalani pembedahan pemindahan kepala pada Disember 2017 jika beliau menerima sumbangan mencukupi dan kelulusan berbuat demikian.

Canavero berkata, teknologi dan pasukan untuk melakukan pembedahan itu sudah bersedia, bermakna cuma dana dan kebenaran etika kekal sebagai penghalang prosedur yang berkemungkinan mencatat sejarah berkenaan.

Image result for first head transplant surgery

Beliau juga optimis menyatakan pesakit boleh berjalan semula dalam tempoh setahun selepas pembedahan itu.

“Kami mencari tarikh sekitar Krismas 2017 untuk melakukan pembedahan itu di China. Pasukan China sudah pun melakukan uji kaji ke atas mayat manusia untuk menajamkan teknologi,” kata Dr Canavero.

Katanya, pesakit pertama beliau ialah rakyat China walaupun sebelum ini saintis teknologi Russia, Valery Spiridonov, yang menderita gangguan otot disebut-sebut akan menjadi orang pertama berbuat demikian.

Image result for first head transplant surgery

Dr Canavero berkata, Spiridonov tidak boleh menerima tubuh penderma di China disebabkan masalah biologi dan alasan etika.

Pembedahan terbabit berisiko tinggi tetapi Canavero percaya kejayaan prosedur itu bergantung kepada menyejukkan penderma dan penerima di bawah 12 darjah Celsius bagi memastikan sel tidak mati akibat kekurangan oksigen ketika ia dilakukan.

“Ini akan memberikan masa mencukupi untuk memotong tisu sekitar leher dan menghubungkan ia dengan saluran darah utama menerusi tiub kecil,” katanya.

Sebaik kepala disambung, pesakit akan dibiarkan koma beberapa minggu untuk mengehadkan pergerakan leher yang baru disambung, manakala elektrod merangsang tulang belakang untuk menguatkan hubungan barunya.

Ada yang menyatakan bahawa kemajuan teknologi ini bakal menyumbang kepada kebaikan manusia sejagat, namun sesetengah kumpulan menentang pembedahan ini menyatakan bahawa pembedahan ini adalah cubaan manusia melawan kuasa Tuhan. Apapun, kita cuma boleh tahu selepas pembedahan ini berjaya dilaksanakan.

Boleh rujuk prosedur di video bawah:

Sumber : Youtube, Pelbagai

 

 

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: