Kantoi Curi Motorsikal, Pencuri Dibelasah Dan Dibogelkan

Hikayat Dunia

 

INDONESIA: Tidak cukup dibelasah, seorang lelaki warga Indonesia turut dibogelkan penduduk kampung, sejurus ditangkap ketika melarikan sebuah motosikal di Kampung Stunggang dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, kehadiran suspek bersama seorang lagi rakan senegaranya yang dalam keadaan mencurigakan, disedari penduduk kampung yang kemudian memantau pergerakan mereka.

Difahamkan, sejurus dua lelaki itu melarikan sebuah motosikal, penduduk kampung mengejar sebelum dapat menahan seorang daripada mereka, seterusnya membelasah dan membogelkan suspek sebagai pengajaran.

Panik melihat kejadian itu, rakannya melarikan diri bersembunyi di kawasan berlumpur, tetapi berjaya ditahan polis yang tiba di lokasi kejadian sejurus dihubungi penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Kiong ketika mengesahkan kejadian, berkata tindakan pantas penduduk kampung berjaya menahan suspek sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Suspek yang cedera di muka, badan dan kaki akibat bergelut dengan penduduk kampung, dihantar ke Hospital Lundu untuk rawatan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

“Seorang lagi suspek ditangkap ketika bersembunyi dalam kawasan berlumpur tidak jauh dari kampung berkenaan. Motosikal digunakan mereka turut disita,” katanya ketika dihubungi BH.

LELAKI warga Indonesia ditahan selepas cubaan mereka mencuri motosikal dihalang penduduk di Lundu pagi tadi.

Chee Kiong berkata, dua suspek berusia 26 dan 27 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri kenderaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sumber : BH Online

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: