ADUH PANASNYA CUACA!!! IKUTI 16 CARA INI UNTUK MENYEJUKKAN DIRI ANDA TANPA AIRCOND…

Hikayat Dunia

Tempias Taufan Lan buatkan cuaca panas terik melanda Semenanjung Malaysia. Minggu ini paling kronik, panas bukan saja di luar rumah, dalam rumah pun bahang panasnya menggila. Walau pasang air-cond pun masih terasa panas. Bila nak tidur malam lagilah seksa, berpeluh-peluh sampai jadi tak lena.

Ada cara mudah dan praktikal yang boleh anda buat untuk sejukkan badan terutama di malam hari. Tak perlu pun nak guna air-cond. Sebab kalau pasang 24 jam, memang melambunglah bil elektrik anda nanti. Cara ini lebih menjimatkan, biarpun nampak sedikit stail lama tapi masih praktikal.

1. PAKAIAN JENIS COTTON PALING PRAKTIKAL

Semua pun sedia maklum, kain jenis cotton ni sejuk dan serap peluh. Cotton ini asalnya dari serat kapas. Ia membolehkan kulit bernafas dengan baik. Jadi tukarlah cadar, langsir sarung bantal dengan kain cotton. Kalau dapat jenis Japanese Cotton lagi bagus sebab sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti malah ada daya serapan peluh yang lebih baik.

2. SIMPAN SELIMUT DALAM FREEZER

Selimut saja ya, bukan dengan kamu sekali masuk dalam freezer. Simpan selimut dalam beg plastik kemas-kemas. Masukkan dalam peti beku. Jangan letak gitu je. Nanti ada yang tidur dengan bauan ikan, sotong dan ayam. Kalau ada daun pandan boleh simpan sekali dalam plastik bag tadi. Bila dah sejuk benar, keluarkan dan selimutkan diri anda.

3. BERSIHKAN KIPAS SUPAYA BEBAS DEBU

Salah satu punca tak rasa sejuk walau kipas berpusing adalah bilah-bilah kipas dipenuhi debu. Bersihkan dan buang semua debu-debu yang memberatkan pusingan kipas. Kalau ada duit lebih, tukarlah dengan kipas 4 bilas. Putarannya lebih sejuk dan sekata. Berbanding kipas 3 bilah yang berputar setempat saja. Kadang jadi lebih bahang pun ia. Bilas pakai softener 1 bhg + air 10 bhg, selepas cuci kipas, habuk tak akan melekat cepat.

4. TEKNIK TIDUR GAYA MESIR

Apa tu? Caranya lembapkan cadar dengan air sejuk. Kemudian, atas tilam bentangkan tuala kering. Selepas itu lapikkan dengan cadar lembap tadi. Fungsi tuala kering itu nak beri tilam tak basah. Anda boleh tidur atas cadar lembap tadi.

Kredit foto : forum.lowyat.net

5. BUAT AIR-COND SENDIRI

Cara ini sedikit old-school tapi masih praktikal. Letakkan semangkuk besar berisi ais depan kipas. Nanti udara sejuk akan memenuhi ruang rumah anda. Jimat pun jimat. Boleh juga anda letakkan botol mineral berisi ais dan sangkutkan pada bahagian belakang kipas. Pastikan kipas dibersihkan dan bebas debu. Kalau tidak udara kotor pula yang akan anda sedut nanti.

6. BERI KEJUTAN PADA OTOT

Cara ini boleh buat badan kita lebih cepat sejuk. Letakkan ais pack pada beberapa bahagian ini, misalnya leher, pergelangan tangan, siku, buku lali dan belakang lutut. Point-point ini akan membuatkan tubuh menjadi lebih cepat sejuk.

7. BERKIPAS TEPI TINGKAP

Tolak udara panas dari luar dengan kipas dalam rumah anda. Letakkan kipas di tepi tingkap dan ia membantu anda mendapatkan badan yang lebih sejuk. Tapi jika dilakukan di malam hari, jangan lupa pasang ubat nyamuk tu. Nanti bukan saja sejuk yang dirasai, bengkak akibat digigit nyamuk pula yang mendapat.


Kredit foto : plus.google.com

8. ELAKKAN TIDUR BERPELUKAN SUAMI ISTERI.

Musim panas ini kenalah praktikkan benda ini, sebabnya tidur berpelukan akan buatkan tubuh jadi lebih hangat. Dan cara ini buatkan anda jadi berpeluh. Bila dah berpeluh satu badan, tilam pun sama jadi basah keringat akibat gabungan haba badan.

9. BUAT BUAIAN DALAM RUMAH

Tip ini paling win, sama ada nak buat atau tak terpulang dekat anda. Caranya bina buaian dalam rumah sendiri. Bayangkan tidur dalam buaian sambil disejukkan kipas old-school tadi. Tak ke boleh terlena sampai ke pagi.

10. MINUM SEGELAS AIR SEBELUM TIDUR

Tak perlu minum air banyak-banyak pun. Satu gelas sebelum tidur sudah memadai. Tapi kalau anda mahu terjaga jam 3 pagi untuk buang air kecil, dipersilakan minum dengan banyak.

11. MANDI MALAM TAPI SELEPAS JAM 12

Tak salah jika mahu mandi malam tapi kenapa selepas jam 12 malam. Ini kerana, pada waktu selepas Isyak dan 12 malam, jantung kita sedang berehat. Jika anda mandi antara waktu itu ia berisiko untuk dimasuki air. Mandi selepas 12 malam dan sebelum waktu subuh, membolehkan tubuh kita memperoleh tenaga.

12. TIDUR DI LANTAI

Cuba tidur sedekatnya dengan lantai. Bentangkan tilam toto dari jenis cotton. Jangan pula tidur atas simen, ia tidak bagus untuk tubuh malah jantung anda. Semakin jauh dari syiling, makin sejuk badan anda.

13. PADAMKAN LAMPU

Lampu juga salah satu alatan yang membuatkan bahang kepanasan. Sebab itulah, bila suasana gelap dan malap, sejuk akan lebih dirasai. Jika mahu tubuh jadi lagi sejuk tanpa air-cond tidurlah dalam suasana gelap. Kalau takut gelap, pasang seminima mungkin lampu yang ada.

Kredit foto : arbamedia.com

 

14. SEJUKKAN TAPAK KAKI

Nanti sebelum tidur, letakkan sebaldi air sejuk di tepi tempat tidur. Apabila bahang kepanasan mulai dirasai, celupkan kaki anda dalam baldi. Sejuk pada tapak kaki akan dapat anda rasai ke seluruh tubuh.

15. SIMPAN SEMUA GAJET

Jangan tak tahu, gajet pun salah satu penyumbang kepanasan pada sekitar tubuh anda. Sebab itu, simpanlah gajet dan tutuplah TV tu lebih cepat dari biasa. Sebelum tidur juga, cabutlah semua plug dan wayar-wayar yang ada. Biar rumah anda bebas medan elektro magnet.

Kredit foto : allabouthealthyfood.com

 

16. DIY ICE PACK SENDIRI

Teknik terakhir ini paling best. Buat ice pack sendiri dengan beras. Nanti boleh digunakan untuk buat bantal.

Caranya: ambil sarung stokin (carilah yang baru ya), beras dan daun pandan. Isi 3/4 beras dalam stokin dan masukkan juga hirisan daun pandan. Ikat atau boleh juga dijahit.Simpan dalam peti beku. Keluarkan bila dan sejuk sepenuhnya.

Bila dah tahu cara-cara nak sejukkan badan tanpa air-cond bolehlah anda terus praktiskan. Diharap tips ini akan membantu pembaca mengharungi cuaca panas sekarang….Insya Allah….

 

Sumber : MW

 

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: