Isteri Perlukan ‘Me Time’, Tetapi Ramai Suami Tutup Mata Dan Telinga…Kasihanilah Isteri Anda…

Hikayat Dunia

Sentiasa beringat, isteri juga perlukan masanya sendiri untuk melakukan perkara-perkara yang dia minat dan suka. Bukan hanya suami sahaja yang perlukan ‘Me Time’. Izinkanlah isteri mendapatkan ‘Me Time’nya sendiri dengan rakan-rakan, adik beradik, saudara mara asalkan tidak melanggar batasan.

Semoga perkongsian dari Tuan Akhtar Syamir ini memberi manfaat kepada anda semua.

ME TIME

“Sayang, boleh tak hari ini sayang nak keluar dengan Kak Risz dan Ana? Anak-anak sayang bawa sekali, Ana pun bawa Aiman.”

Belum sempat dia sambung, saya dah cakap “Boleh sayangku, jaga diri baik-baik, jaga anak-anak.”

Kenapa saya terus benarkan tanpa banyak soal? Pergi mana pun tak tahu, balik pukul berapa pun tak tahu. Tapi main bagi je. Kerana saya nampak ini sebagai peluang. Peluang untuk memberi isteri saya dapat sedikit sebanyak ‘Me Time’ yang boleh. Saya sedang bekerja, jika tidak saya sendiri akan jagakan anak-anak untuk dia. Lagipun saya kenal dengan ipar-ipar Isteri saya itu.

 

APA SEBENARNYA ‘ME TIME’ INI YE?

‘Me Time’ ialah situasi di mana pasangan kita mendapat masa terluangnya SENDIRI dan dia bebas melakukan apa yang dia mahukan. Terpulang jika dia nak bawa anak atau tidak. Pilihan terletak di tangan isteri, tetapi mengikut kesesuaian keadaan juga. Kalau suami sedang bekerja, macam mana nak tolong jagakan anak, ye tak?

Sehebat mana pun kita biasa dengar pasal QUEEN CONTROL, sebenarnya kes di mana isteri tidak mempunyai kuasa untuk bersuara atau menentukan apa-apa dalam hidup adalah amat banyak. Cuma kita saja yang tidak tahu sebab isteri yang diperlakukan sebegini jarang berkongsi kerana tidak mahu mengaibkan suami dan dirinya sendiri.

Senario seperti suri rumah atau isteri yang bekerja tidak boleh melakukan aktiviti lain selain mengemas rumah, memasak serta menguruskan suami dan anak sahaja. Sebaliknya suami bebas mempunyai masanya sendiri seperti berjumpa kawan, memancing, berkonvoi kenderaan, bersukan sendiri di gym dan hobi-hobi yang lain sambil meninggalkan isteri di rumah yang setia menanti cinta hatinya pulang dari ‘Me Time’ mereka.

Soalan seperti, “Abang boleh, kenapa sayang tak boleh? Sayang pun nak keluar dengan kawan/ipar/adik-beradik juga.” bakal disangkal dengan ayat berikut, “Awak tu isteri orang, anak pun dah berderet, duduk rumah jaga anak je. Itu tanggungjawab awak. Nak keluar buat apa?”

Amatlah kasihan apabila perkara sebegini terjadi di mana pasangan menutup rapat mata dan telinga tentang betapa pentingnya ‘Me Time’ buat isteri. Kenapa ianya penting? Kerana kita sebagai suami belum tentu mampu buat apa yang isteri kita buat SETIAP HARI.

Jangan bohong jika ada suami berbangga berkata mereka boleh menggantikan SEMUA tugas isteri. Sehari mungkin, dua hari dah mengeluh, seminggu dah tension, sebulan dah naik gila. Memang tersangat penat.

Image result for isteri bekerja di rumah

Kita kadang-kadang nampak senang kerana mereka hebat dan cekap dalam membuat kerja-kerja itu. Ambil contoh basuh berak anak saja. Bukan semua lelaki mampu. Itu tak masuk bab bagi makan anak. Kalau anak tak nak makan, terus kita biarkan saja. Sedangkan kalau isteri yang bagi, mesti dipaksanya habis sepinggan.

Salah satu komponen dalam ‘Me Time’ ialah rehat. Isteri kita perlukan rehat. Penat weh jadi suri rumah sepenuh masa. Penat juga menjadi suri rumah dan bekerja. Bagilah mereka rehat juga. Mungkin ada yang kata, “Saya tak perlukan ‘Me Time’, saya nak spend masa dengan anak dan suami je.”. Bagus juga begini, tapi itu pilihan anda. Keluarga kita, kita corakkan BERSAMA. Bukan dari suami sahaja.

Komponen lain dalam ‘Me Time’ ialah bersosial. Bila dengar perkataan ini, saya jamin ramai suami yang dah mula marah. Bersosial tidak salah. Jika perkara buruk terjadi dari bersosial, orang itu sendiri yang perlu dipersalahkan. Bukan konsep bersosial itu. Bersosial dalam kawalan adalah amat baik di mana isteri meluangkan masa bersama adik beradik, kawan dan ipar yang kita kenal. Mereka tersangat perlukan perkara ini.

Bayangkan hari-hari menghadap muka kita dan anak-anak saja. Sedangkan kita pergi kerja dapat juga jumpa kawan-kawan. Janganlah pandang negatif perkara ini kerana ia amat memberi manfaat kepada isteri kita.

Akhir sekali ialah minat dan hobi. Kita sebagai suami ada minat dan hobi kita. Ada yang minat bermotor, kereta, memancing, gym, tengok bola, futsal, bowling dan lain-lain. Kalau kita boleh, kenapa kita anggap isteri kita tak perlu semua tu? Isteri pun manusia juga, kan?

 

Saya bukan nak ajar macam mana nak menguruskan rumah tangga. Cuma saya nak bukakan mata yang selama ini tertutup. Harap jangan salah faham dan buang ego dalam diri itu jauh-jauh. Kita bukan sentiasanya betul, termasuklah saya sendiri.

Berilah ‘Me Time’ kepada isteri anda, mereka layak dan perlukannya. Mesti mereka seronok kalau dapat keluar bersama rakan perempuan dan buat aktiviti perempuan yang kita sendiri sebagai lelaki mungkin tidak faham. Tahan ke nak menunggu berjam-jam mereka window shopping? Belum tentu kan?

Hasilnya, anda akan hidup dalam keluarga yang harmoni, toleransi dan isteri yang happy. Saya selalu tekankan, Isteri yang happy = Keluarga yang happy. Dan konsep “Kebebasan yang Terkawal” perlu diterapkan. Ianya umpama bermain layang-layang, bebas tetapi masih setia dengan pemegang benang.

Saya doakan semoga keluarga kita semua sentiasa bahagia sampai bila-bila. Dan jika apa yang saya sampaikan ini bermanfaat, silakan SHARE supaya dapat juga memberi manfaat kepada orang lain.

Jangan copy paste tanpa kredit tau. Kesian saye taip panjang-panjang. Jemput FOLLOW saya Akhtar Syamir a.k.a #BroOhsem dan LIKE page saya BroOhsem.
Terima kasih.

 

Sumber: Akhtar Syamir, BroOhsem

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: