AWAS!!! Menonton Bola Secara Haram. Penyokong & Pembekal Perkhidmatan Didenda Sehingga RM95,000

Hikayat Dunia

Dalam dunia yang serba canggih pada hari ini, pelbagai platform dan peranti yang boleh digunakan oleh pemminat bola sepak untuk menyaksikan perlawanan bola sepak sama ada secara sah mahupun secara haram.

Di England, kes menonton siaran tv secara haram ini sangat tegas dibanteras terutama sekali untuk siaran bola sepak EPL yang memiliki nilai yang sangat tinggi.

Seorang peminat bola sepak telah ditangkap menggunakan Kodi untuk menonton siaran Sky Sports terutama sekali untuk bola sepak. Rumahnya diserbu dan diminta membayar ganti rugi sebanyak £16,000 bersamaan RM89,000.

Angka tersebut boleh digunakan untuk melanggan siaran sukan Sky Sports untuk lebih 50 tahun. Kos langganan sebulan untuk Sky Sports adalah sekitar £25 sebulan secara purata.

Yusuf Mohammed, dari Bristol adalah antara pesalah terbaru yang ditangkap oleh pihak berkuasa.

Pihak Sky Sports telah mengarahkan beliau memberikan maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan pelanggan-pelanggan lain yang membeli perkhidmatan itu daripada beliau.

Serbuan ini dilakukan selepas seorang pemilik kedai ditangkap menjual kotak Kodi kepada penonton yang mahukan siaran tv satelit percuma termasuk filem dan sukan.

Tindakan perundangan itu diambil atas kesalahan hak salinan (copyright) daripada pihak tertentu. Amaran sudah diberikan sejak awal tahun ini lagi.

Sudah banyak kes dan juga hukuman dijatuhkan kepada pesalah yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Di Middlesbrough, seorang ahli perniagaan terkenal di bandar tersebut, Brian Thompson (gambar), 55 dijatuhkan hukuman gantung 18 bulan daripada menggunakan sebarang perkhidmatan atas talian.

Ini termasuk internet yang menggunakan sambungan talian. Thompson juga didenda £17,000 ataupun sekitar RM95,000 oleh mahkamah kerana beberapa set dekoder kodi dijumpai di dalam kedai beliau.

Pihak berkuasa di England tegas dalam hal ini. Badan bola sepak Inggeris telah mencatat rekod baru dalam dunia penyiaran bola sepak musim ini.

Jadi, sudah pastinya mereka mahu lebih menjaga hak esklusif penyiaran yang mereka miliki.

 

Sumber : Daily Mail

Auto Draft
Hikayat Dunia
Telur Misteri. Apabila telur ini menetas, alangkah terkejut apabila melihat rupanya – rupanya…

Terdapat banyak spesies flora dan fauna di dalam dunia ini yang masih belum ditemui dan dikenali seperti telur yang dijumpai oleh pemuda ini di hutan. Pemuda ini menemui satu spesies unik yang berupa seperti telur burung yang aneh dan misteri. Dengan menyangka ia telur dari seekor burung, pemuda ini memerhati …

Hikayat Dunia
‘Memang Saya Akan Mengelak Kalau Nampak Dia’ – Jihan Pernah Kena ‘Sound Tepek’ Dengan Kak Zai..

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai status yang telah dimuatnaik oleh pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang mendapat pelbagai kecaman bukan sahaja dari netizen malah artis- artis di Malaysia. Walaubagaimanapun, pengkritik terbabit yang lebih dikenali sebagai Kak Zai telah memohon maaf kepada semua pihak. Menerusi temubualnya bersama Astro Gempak, …

Image result for selebriti yang pernah menjadi guru
Hikayat Dunia
6 Selebriti TOP Malaysia Ini Pernah Bergelar ‘CIKGU’! Pelakon Jelita No.3 Memang Tak Sangka Sangat!

Bergelar seorang pendidik adalah satu pekerjaan yang mulia kerana dapat membantu dan membimbing seseorang itu sehingga menjadi individu yang berjaya. Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, berikut kami kongsikan selebriti yang pernah bergelar pendidik: 1. Ana Rafali Peserta Gema Gegar Vaganza ini merupakan seorang …

%d bloggers like this: