SUNGGUH BIJAK!!! Seorang Pekerja Google Pilih Untuk Tinggal Dalam Trak Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup Dan Berjaya Saving 90% Dari Gaji Bulanannya.

Hikayat Dunia

 

Seorang pekerja Google berusia 23 tahun tinggal di belakang sebuah trak di tempat letak kereta syarikat dan berjaya menyimpan wang 90% dari pendapatannya.

Apabila Brandon berusia 23 tahun dari Massachusetts menuju ke Bay Area pada pertengahan Mei untuk memulakan kerja sebagai jurutera perisian di Google, dia tidak memilih untuk menetap di apartmen San Francisco yang terlalu mahal. Sebaliknya, dia berpindah ke trak bersaiz 128 kaki persegi.

Idea itu mula dirumus manakala Brandon – yang meminta nama dan foto wajahnya dirahsiakan untuk mengekalkan privasinya di kampus – berada di Google pada musim panas lepas dan pada mulanya tinggal di perumahan korporat yang paling murah yang ditawarkan: dua bilik tidur dan empat orang untuk kira-kira $65.00 (RM 275.00) semalam ( kira-kira $2,000.00 (RM8476.00) sebulan), katanya kepada Business Insider.

“Saya menyedari bahawa saya telah membayar sejumlah besar wang untuk apartmen yang saya tinggal di – dan saya hampir tidak pernah pulang ke rumah,” katanya. “Sungguh sukar untuk buang wang seperti itu. Anda sebenarnya membazir – anda tidak meletakkan ekuiti dalam apa-apa dan anda tidak membina masa depan – dan itu benar-benar sukar bagi saya untuk memperolehi wang kembali dan plan masa depan.

Brandon tinggal di Ford 2006 ini, yang kosnya $ 10,000.00 (RM42,383.00).

Dia mula meletakkan asas untuk tinggal di luar trak dengan segera, kerana dia tahu dia akan kembali bekerja sepenuh masa di San Francisco. Setahun kemudian, dia membeli Ford 2006 yang berukuran 16 kaki pada 157,000 batu di atasnya.

Kos keseluruhan adalah $ 10,000 (RM42,383.00) yang dibayar terus dengan bonus penandatanganannya. Beliau menjangka akan reach point “break-even” pelaburan pada 21 Oktober, menurut “timeline” yang dikemaskini secara langsung di blognya, “Thoughts from Inside the Box.”

 


Ruang minimalis termasuk katil, rak kot, dan meja rias.

Kos tetapnya ialah hanya insurans trak – $ 121 (RM512.83) sebulan – kerana dia tidak menggunakan elektrik, dan bil telefonnya dikendalikan oleh Google.

“Saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dipasang,” jelasnya menerusi blognya. “Trak ini mempunyai beberapa lampu overhead terbina dalam, dan saya mempunyai lampu berkuasa bateri sensitif yang saya gunakan pada waktu malam. Saya mempunyai pek bateri yang kecil yang saya caj di tempat kerja setiap beberapa hari, dan guna untuk caj headfon kepala dan telefon bimbit saya pada waktu malam. Komputer riba kerja saya akan bertahan pada malam hari bila sekali charge, dan kemudian saya akan caj semula di tempat kerja. ”

 

Bagi makanan dan mandi pula, semua dilakukan di kampus Google. Dia makan sarapan, makan tengah hari, dan makan malam di tempat kerja dan mandi setiap pagi di gym-post-workout.

Perbelanjaan minima bermakna penjimatan yang ketara: “Saya akan mencapai sasaran saving kira-kira 90% daripada pendapatan selepas tolak cukai saya, dan menggunakannya dalam bayaran balik pinjaman pelajar dan pelaburan,” katanya.

Dia mempunyai hutang pinjaman pelajar sebanyak $ 22,434 (RM95,082.02), dan telah berjaya buat bayaran balik sebanyak $ 16,449 (RM69,715.80) selama empat bulan.

“Sebagai anggaran konservatif (dan mengambil bonus untuk dipertimbangkan), saya menjangkakan mereka akan dibayar dalam tempoh enam bulan akan datang, menjimatkan ribuan ringgit berbanding standard 10 tahun, atau bahkan rancangan 20 tahun,” katanya.

Di samping itu, menjimatkan bayaran sewa rumah telah membolehkan beliau mampu berbelanja di restoran yang bagus dan enjoy San Francisco lebih banyak berbanding daripada jika dia memilih untuk tinggal dan menyewa apartment.

Satu lagi kelebihannya: Perjalanan beliau dari tempat letak kereta di pinggir kampus Google adalah beberapa saat berjalan kaki, bukan beberapa jam yang duduk di trafik San Francisco.

Di samping satu pertembungan “mesra “dengan pengawal keselamatan selepas pulang dari filem pada suatu malam, gaya hidup traknya tidak menjadi masalah. Dia ditahan oleh kira-kira 10 anggota keselamatan malam itu, tetapi selepas menunjukkan mereka lencana korporatnya – mereka meminta maaf kerana membangunkannua, bahkan menawarkan untuk memindahkan trak ke lokasi lebih baik- sambil komen yang trak tu sangat cantik.

Pihak Google tidak memberi respons kepada permintaan untuk komen.

Kekurangan untuk tempat tinggal kos rendah sebegini adalah ruang, dan kemudahan moden seperti haba, penghawa dingin, dan bilik mandi – tetapi Brandon mengatakan ruang kaki 128 kaki persegi lebih besar daripada mana-mana bilik tidur yang dia pernah tinggal di, dan dia biasanya hanya tinggal di rumah untuk tidur.

 

Memang betul2 digunakan untuk rehat dan tidur sahaja

Gaya hidup dalam trak ini telah memberikannya  lebih daripada kebebasan kewangan. Ia memaksanya ke luar zon selesa, pengalaman pembelajaran penting memandangkan dia berharap dapat travel mengelilingi dunia.

“Jika saya bercadang untuk melakukan travel, saya perlu selesa dengan keadaan hidup yang tidak konvensional, dan inilah tempat yang baik untuk memulakan,” katanya. “Selain itu, tidak akan ada masa yang lebih baik dalam hidup saya untuk mencuba ini. Saya masih muda, fleksibel, dan saya tidak perlu risau tentang keputusan ini yang mempengaruhi orang lain dalam hidup saya.”

Dia tidak pasti berapa lama dia akan kekal dengan gaya hidup begini, sebab dia tidak meletakkan apa2 tarikh akhir.

“Sudah lima bulan setakat ini, dan saya belum lihat apa-apa sebab kukuh atau keperluan untuk tukar gaya kehidupan saya buat masa ini”, katanya.

Bayangkan anda pun ada trak yang sama dan boleh travel atau balik kampung time Raya tanpa risau samada ada tempat tidur atau tidak….hmmm, menarik juga idea ini…😎😎😎

 

Sumber : Business Insider

 

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: