Adakah Jasad Itu Ramli? – Pendaki Malaysia Yang Hilang Di Gunung Damavand, Iran

Hikayat Dunia

 

KUALA LUMPUR: Penemuan satu mayat dipercayai rakyat Malaysia di Gunung Damavand di utara Iran, kelmarin, mencetuskan tanda tanya adakah itu jasad Ramli Abdul Majid, pendaki yang hilang lebih setahun lalu di kawasan yang sama.

Ramli hilang pada November tahun lalu bersama rakannya, Syed Redzuan Syed Salim Shatri ketika berada pada ketinggian 4,200 meter Gunung Damavand.

Bagaimanapun, mayat Syed Redzuan ditemui enam hari selepas dilaporkan hilang, manakala Ramli masih gagal dikesan.

Berdasarkan laporan agensi berita Iran, IRNA, semalam, mayat berkenaan ditemui sekumpulan pendaki ketika menuruni gunung itu pada ketinggian 4,300 meter pada Jumaat tetapi operasi membawa dilakukan semalam.

Isteri Ramli, Roslida Ablah, 42, ketika dihubungi BH Online tengah malam tadi, berkata belum menerima sebarang berita daripada mana-mana pihak termasuk Kedutaan Malaysia di Tehran, mengenai penemuan mayat itu.

Pada masa sama, beliau menyatakan rasa terkilan kerana media Iran itu mengesahkan mayat berkenaan adalah pendaki rakyat Malaysia yang hilang setahun lalu walaupun tidak menyebut identiti, tanpa melalui sebarang proses pengecaman.

“Saya belum menerima apa-apa berita daripada pihak Kedutaan ataupun pasukan yang menjalankan misi menyelamat,” katanya.

Sementara itu, Khafiz Bachok, pendaki yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Ramli setahun lalu, berkata beliau masih menunggu pengesahan dari pihak Kedutaan Malaysia di Tehran.

“Perlu tunggu kenyataan rasmi daripada Kedutaan Malaysia,” jawabnya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam kejadian pada 20 November 2016, Syed Redzuan, 50, dan Ramli, 45, hilang di Gunung Damavand selepas terpisah daripada kumpulan pendaki yang lain.

Lapan daripada 12 anggota kumpulan pendaki itu memulakan pendakian ke puncak ketika cuaca baik dari kem tiga pada ketinggian 4,200 meter pada awal pagi.

Bagaimanapun, hanya dua pendaki berjaya ke puncak manakala enam lagi termasuk Syed Redzuan dan Ramli diarahkan turun semula dari ketinggian 5,200 meter antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang kerana masa tidak mencukupi untuk sampai ke puncak.

Bagaimanapun, Syed Redzuan dan Ramli dikatakan bertekad menyertai seorang pendaki Turki untuk ke puncak sebelum mereka dilaporkan hilang.

Mayat Syed Redzuan ditemui enam hari selepas dilaporkan hilang oleh pasukan SAR di Yakhar Glacier. Dia dipercayai terjatuh dari ketinggian 4,100 meter.

Misi pencarian Ramli kemudian diteruskan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) serta operasi SAR secara solo ‘Mencari Abang Ram’ yang diusahakan oleh Khafiz bersama rakan pendaki, Muhamad Aliff Abdullah.

Khafiz, pendaki dari Johor yang pernah menawan Gunung Damavand pada tahun 2011, dipetik sebagai berkata misi itu diteruskan kerana masih berharap Ketua Jurutera Sistem PROTON itu ditemui dalam keadaan selamat.

Julai lalu, misi ketiga mencari Ramli diteruskan oleh Khafiz bersama tiga pendaki dari Kelab Jelajah Alpine (KJA), iaitu Muhammad Illaham Ishak, 40; Azwawi Ismail, 38; dan Mohd Azraie Md Yusof, 34.

Khafiz yang turut mengetuai misi itu dilaporkan, berkata misi SAR berkenaan diteruskan kerana Tehran ketika itu memasuki musim panas manakala salji yang meliputi gunung berkenaan mula mencair.

Ia secara tidak langsung memudahkan kerja menjejaki Ramli di pergunungan berkenaan yang memfokuskan di kawasan timur Gunung Damavand bermula dari ketinggian 4,100 meter dari aras laut hingga 5,300 meter dari aras laut serta kawasan perkampungan berdekatan.

 

Semoga keluarga mangsa tabah. Mari kita doakan agar pencarian mereka yang hilang berjaya.

 

Sumber : Pelbagai

 

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: