SEORANG PEMUDA DITANGKAP KERANA “MENCURI” TABUNG MASJID DIHINA DAN DIPUKUL OLEH JKKK MASJID. SETELAH DISOAL SIASAT JAWAPAN PEMUDA ITU BUAT JKKK MASJID TERCENGANG !!!!

Hikayat Dunia

-Gambar Sekadar Hiasan-

 

Berita bermula pada tengah malam, kecoh di masjid bandar. Seorang pemuda ditangkap kerana disyaki cuba mencuri duit tabung masjid. Lalu terjadilah soal-siasat antara JKKK masjid dengan saspek.

JKKK: “Mengaku je lah. Tak payah nak menipu la. Tipu dosa masuk neraka.”

Pemuda: “Qulil Haq Walau Kaana Murra – Berkatalah benar walau pahit sekalipun. Saya tidak menipu. Saya tak bersalah. Saya tak curi duit tabung.”

JKKK: “Tak curi apanya, ni apa kebenda ni RM10000 dalam poket kau ni? Aku lempang jugak budak ni karang!

Pemuda: “…Waiyya-yaa Farhabuun..” (Surah al-Baqarah ayat 40) – kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). Lempanglah. Bawalah saya ke balai polis sekalipun. Saya tidak gerun. Tapi, saya sedikit pun tidak akan mengaku bersalah mencuri.”

JKKK naik hantu terus melempang pemuda tersebut. Bersembur darah kerana bibirnya pecah akibat lempangan tersebut.

JKKK: “Cilake betul budak ni! Main dalil Quran pulak! Aku nampak kau panjat pagar masuk dengan mata kepala aku sendiri! Aku nampak sendiri ko cari tabung masjid!”

Pemuda: “Saya panjat ada alasannya.”

JKKK sudah berada di kemuncak kemarahannya kerana pemuda tersebut berani menjawab.

JKKK: “Dasar kaki pil kuda! Pil khayal! Ha!! Kang Ni Makan Dia!” (sambil menghayunkan terajang ke perut pemuda)

Bilal: “Berhenti!!”

JKKK: “Apahal?! Budak ni curi duit masjid ni!”

Bilal: “Duit masjid awal-awal lagi setelah Isyak tadi diserahkan pada Bendahari masjid setelah dikosongkan tabung² masjid Selepas Solat tadi. Ana rasa pemuda ini cuba memasukkan wang RM10000 itu ke dalam tabung masjid. Tapi akhirnya ditangkap anta.”

Seorang Pemuda “Mencuri” Tabung Masjid Dihina dan Dipukul oleh JKKK Masjid. Setelah Disoal Siasat Jawapan Pemuda Itu Buat JKKK Masjid Tercengang !!!!

JKKK: “Dia panjat pagar masjid kot! Kaki pil ni!”

Bilal: “Jelaskan kenapa kamu panjat pagar masjid?”

Pemuda: “Saya panjat pagar masjid sebab masjid kunci sebaik sahaja selesai solat Isyak. Sedangkan masjid itu rumah Allah terbuka 24 jam sepatutnya. Tetapi sedih sekali masjid hanya dibuka siang hari dan ditutup pada malam hari. Alasannya takut kecurian. Lalu, terpaksa saya panjat pagar tanpa ada pilihan lagi.”

Bilal: “Mengapa kamu tidak masukkan duit ketika masjid buka?”

Pemuda: “Ramai orang pada waktu masjid dibuka. Sedangkan ustaz saya menyebut, mengikut hadis…sedekah yang terbaik adalah – “Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya”. Jika orang nampak saya masukkan duit dalam tabung masjid, saya bimbang pahala sedekah saya kurang. Saya bimbang saya jadi riak. Saya bimbang sedekah saya jadi sia-sia.”

Bilal: “Dari mana duit sebanyak itu?”

Pemuda: “Ini dari simpanan saya sendiri selama setahun.”

JKKK: “Baik, kali ni kami lepaskan. Pergilah bersedekah.”

Pemuda: “Maaf, kamu berdua sudah tahu saya niat saya. Saya dah tak boleh bersedekah di sini. Biarlah saya pergi ke masjid lain. Terpaksa beritahu ini pun seperti riak. Astaghfirullahaladzim..

Pemuda Itu ambik balik Kesemua wang dari Tabung Tersebut.  Perbuatan Pemuda itu buat Jkkk masjid Tercengang…

Moga Allah bantu ikhlaskan hati ini kembali..Aamiiin”

Pemuda tersebut meminta diri dan meminta maaf panjat pagar masjid dan berlalu pergi.

KKK termenung memikirkan kejadian malam tu.  Dan Selepas itu tiada lagi kelihatan kelibat pemuda itu walaupun dalam solat jemaah 5 waktu.. Mungkin pemuda itu bukan kariah masjid sini…

Sumber : eraviral.com

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: