“Saya Patah Semangat, Tak Mahu Menyanyi” Stacy Akui Segalanya Berubah Selepas Bersalin

Hikayat Dunia

Penyanyi popular dari Sabah, Stacy memang terkenal dengan suara yang sedap dan tarian yang tangkas.

Stacy telah menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin dengan rakan artis, Akim Ahmad pada 5 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah.

Pasangan penyanyi yang bakat kedua dua mereka dicungkil dari pentas Akademi Fantasia ini, telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 17 Februari lalu.

Namun selepas berehat panjang kerana bersalin anak pertama, segalanya berubah.
Stacy sendiri membuat kenyataan, akui berasa patah semangat apabila tidak mendapat semula suaranya untuk menyanyi selepas bersalin.

Stacy berkata, perkara berkenaan dilalui hampir tujuh bulan sehingga dia telah menolak beberapa tawaran persembahan nyanyian.

Ini komen Stacy tentang isu ini:

“Hampir setahun lebih saya berehat membuatkan suara saya hilang, saya tidak boleh nyanyi, saya sangka ia adalah kesan kerana baru lepas bersalin.

“Saya betul-betul patah semangat hingga rasa tidak mahu menyanyi. Tapi bila saya fikir positif dan cuba pergi ke gimnasium untuk mencari stamina suara itu kembali semula,”

Jumaat lalu, Stacy kembali bertenaga dan menemui semangatnya semula dan telah membuat persembahan di Anugerah Skrin 2017, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Imbas kembali keadaannya yang hilang semangat, Stacy berkata, dia pernah memberitahu suaminya penyanyi Akim Ahmad bahawa dia ingin berundur dari industri disebabkan masalah itu.

Bagaimanapun, Akim menasihatkan supaya Stacy bersabar dan membeli set karaoke untuk dia berlatih.

Ini pendedahan Stacy:

“Sampai satu tahap saya cakap dengan Akim biar dia sahaja yang cari makan kerana saya sudah tidak boleh menyanyi.

“Mana tidaknya suara saya jadi seperti suara lelaki dan tidak sampai untuk menyanyi nada tinggi,”

Dengan usaha yang keras, Stacy kini dalam proses mengembalikan suara dan rentak tariannya seperti sebelum bersalin.

“Alhamdulilah, suara saya sedikit demi sedikit kembali tapi saya perlu lebih banyak berlatih. Begitu juga tarian, sekarang saya rasa semput untuk menari tidak seperti dahulu,”

Stacy kini telah tampil dengan lagu baru berjudul Cakap Ke Tangan, merupakan lagu rancak dan catchy.

Semoga Stacy kembali kuat semangat! Bakat Stacy memang rare dan amat hebat!

Sumber: mStar

Auto Draft
Hikayat Dunia
Telur Misteri. Apabila telur ini menetas, alangkah terkejut apabila melihat rupanya – rupanya…

Terdapat banyak spesies flora dan fauna di dalam dunia ini yang masih belum ditemui dan dikenali seperti telur yang dijumpai oleh pemuda ini di hutan. Pemuda ini menemui satu spesies unik yang berupa seperti telur burung yang aneh dan misteri. Dengan menyangka ia telur dari seekor burung, pemuda ini memerhati …

Hikayat Dunia
‘Memang Saya Akan Mengelak Kalau Nampak Dia’ – Jihan Pernah Kena ‘Sound Tepek’ Dengan Kak Zai..

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai status yang telah dimuatnaik oleh pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang mendapat pelbagai kecaman bukan sahaja dari netizen malah artis- artis di Malaysia. Walaubagaimanapun, pengkritik terbabit yang lebih dikenali sebagai Kak Zai telah memohon maaf kepada semua pihak. Menerusi temubualnya bersama Astro Gempak, …

Image result for selebriti yang pernah menjadi guru
Hikayat Dunia
6 Selebriti TOP Malaysia Ini Pernah Bergelar ‘CIKGU’! Pelakon Jelita No.3 Memang Tak Sangka Sangat!

Bergelar seorang pendidik adalah satu pekerjaan yang mulia kerana dapat membantu dan membimbing seseorang itu sehingga menjadi individu yang berjaya. Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, berikut kami kongsikan selebriti yang pernah bergelar pendidik: 1. Ana Rafali Peserta Gema Gegar Vaganza ini merupakan seorang …

%d bloggers like this: