KEJAM! Bunuh 3 Kekasih Termasuk Suami Sendiri, ‘Janda Hitam’ Akhirnya “Dihukum Mati!”

Hikayat Dunia

Bunuh 3 Lelaki Termasuk Suami, Janda ‘Hitam’ Chisako Kakehi dari Jepun Dihukum Mati (JIJI PRESS / AFP)

 

Kyoto – Mahkamah Jepun menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang perempuan berstatus jutawan. Namun, kekayaan yang diperolehinya itu bukanlah dengan cara yang baik, tetapi dengan cara yang amat ‘kejam’.

Sumber-sumber hartanya diperolehi dengan cara menjerat kekasih-kekasihnya yang merupakan warga tua yang kaya, memaksa mangsa meminum racun. Setelah semuanya meninggal, ia mendapatkan insuran jutaan Yen dan sejumlah harta lainnya. Dan kerana itulah beliau diberi nama jolokan ‘janda hitam’ (black widow).

Bunuh 3 Pria Termasuk Suami, Janda 'Hitam' Jepang Divonis Mati

Jolokan ‘janda hitam’ yang disandangnya diinspirasi dari labah-labah betina yang membunuh pasangannya setelah mengawan.

Pengadilan Distrik Kyoto menjatuhkan hukuman mati ke atas Chisako Kakehi, nama wanita tersebut. Hukuman maksimum tersebut dijatuhkan atas kes pembunuhan tiga orang, termasuk suami pelaku sendiri.

Perempuan 70 tahun itu juga didakwa melakukan cubaan membunuhan terhadap orang lain.

Kakehi terkenal kerana tindakan kejamnya, menggunakan racun sianida untuk menghantar warga tua ke akhirat, lalu merampas harta yang ditinggalkan mendiang.

“Terdakwa membuat korban minum senyawa sianida, dengan niat membunuh, dalam keempat kes tersebut,” kata Hakim Ayako Nakagawa, seperti dipetik dari The Guardian pada Selasa (7/11/2017)

Hakim Nakagawa menolak bantahan peguambela yang mengatakan, Kakehi tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana mengalami penyakit ‘demensia’.

Jaksa mengatakan bahwa Kakehi membunuh mangsa2 tersebut setelah mangsa menjadikan beliau sebagai penerima manfaat dari insuran nyawa yang nilainya mencecah jutaan dolar.

Kakehi dilaporkan mengumpulkan satu billion Yen atau US$ 8,8 juta selama lebih dari 10 tahun, namun kemudian kehilangan sebagian besar wangnya dalam pelaburan saham yang gagal.

Dia memiliki hubungan dengan banyak lelaki, dan kebanyakan sudah berumur atau menghidap penyakit. Kakehi mencari calon korban melalui agensi temu janji, di mana dia dilaporkan mensyaratkan bahwa calon pasangan yang berminat dengannya harus kaya dan tidak memiliki anak.

Kakehi, yang juga dikenal sebagai “The Poison Lady”, dikatakan telah menyimpan beberapa sianida di pot tanaman yang kemudian dibuangnya.

Racun tersebut ditemukan di dalam tubuh sekurangnya dua orang yang mempunyai hubungan peribadi dengannya dan polis melaporkan menemui sisa sianida di dalam sampah di rumahnya di Kyoto.

Mereka juga menemukan perlengkapan untuk mengendallikan ubat-ubatan dan buku-buku perubatan di sebuah apartment lain miliknya di selatan Kyoto.

Kakehi pada awalnya enggan bersuara semasa perbicaraannya pada bulan Jun, namun kemudian mengejutkan mahkamah dengan mengakui membunuh suami keempatnya pada tahun 2013.

“Saya membunuhnya… karena dia memberi wanita lain puluhan juta yen tapi tidak memberi saya sesen pun,” katanya kepada pengadilan, menurut Jiji Press.

Terdakwa sebelumnya mengatakan kepada hakim bahwa dia bersedia untuk digantung.

“Bahkan jika saya dihukum besok, saya akan mati tersenyum,” kata Kakehi kepada hakim.

Namun pihak peguambelanya dilaporkan merancang untuk membuat rayuan ke makhkamah yang lebih tinggi.

Janda Hitam Lain di Jepun

Membunuh 3 pria demi uang, Kanae Kijima dituduh sebagai janda hitam

Membunuh 3 pria demi uang, Kanae Kijima dituduh sebagai janda hitam (AFP/Japan Focus)

Kakehi bukanlah janda hitam pertama yang dijatuhi hukuman mati. Sebelum itu seorang lagi black widow dari  Sakura bernama Kanae Kijima.

Wanita itu juga dikatakan kuat merayu dan memikat tiga lelaki yang berusia 41, 53, dan 80 lewat dunia maya pada 2009 lalu.

Setelah kopi darat di area Tokyo, pelaku pun membunuh para mangsanya. Awalnya Kijima secara diam-diam memberikan pil tidur, lalu ia membakar briket arang untuk menghasilkan karbon monoksida.

Tiga lelaki malang tersebut ditemui mati dengan cara yang sama: tercekik karbon monoksida saat tak sedarkan diri.

Pembunuhan ketiga korban dilakukan Kijima — yang pernah dua kali menikah — dalam jangka waktu lapan bulan pada 2009.

Para peguambelanya menepis dakwaan pendakwaraya dengan mengatakan bahawa ketiga mangsa itu mungkin mati akibat bunuh diri.

Namun pihak pendakwaraya dengan berdasarkan pada bukti-bukti yang ada percaya pelaku telah membunuh mangsa2 tersebut agar tidak perlu membayar kembali wang yang telah diberikan kepadanya.

Pengadilan pada tahun 2012 memutuskan Kijima terbukti bersalah dan menjatuhkan hukuman mati. Hakim memutuskan tak ada ruang baginya untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Keputusan tersebut mendapat sokongan daripada orang ramai. Kes tersubutu telah mendapat liputan yang meluas. Lebih dari 1.000 orang hadir dan berebut mendapatkan kerursi di ruang mahkamah yang jumlahnya hanya 50 orang untuk menyaksikan keputusan perbicaraan

Baru-baru ini, Mahkamah Agung Jepun menjatuhkan hukuman mati atas Kanae Kijima.

Mahkamah tertinggi Jepun memutuskan, tertuduh bersalah membunuh Takao Terada (53), Kenzo Ando (80), dan Yoshiyuki Oide (41).

Kijima, yang menulis blog di sel tahanannya telah mamuat naik status pada Khamis 13 April 2017. “Aku berharap bisa menemuimu lagi, di suatu sempat, pada suatu ketika,” tulisnya..

Sumber

 

 

Auto Draft
Hikayat Dunia
Telur Misteri. Apabila telur ini menetas, alangkah terkejut apabila melihat rupanya – rupanya…

Terdapat banyak spesies flora dan fauna di dalam dunia ini yang masih belum ditemui dan dikenali seperti telur yang dijumpai oleh pemuda ini di hutan. Pemuda ini menemui satu spesies unik yang berupa seperti telur burung yang aneh dan misteri. Dengan menyangka ia telur dari seekor burung, pemuda ini memerhati …

Hikayat Dunia
‘Memang Saya Akan Mengelak Kalau Nampak Dia’ – Jihan Pernah Kena ‘Sound Tepek’ Dengan Kak Zai..

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai status yang telah dimuatnaik oleh pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang mendapat pelbagai kecaman bukan sahaja dari netizen malah artis- artis di Malaysia. Walaubagaimanapun, pengkritik terbabit yang lebih dikenali sebagai Kak Zai telah memohon maaf kepada semua pihak. Menerusi temubualnya bersama Astro Gempak, …

Image result for selebriti yang pernah menjadi guru
Hikayat Dunia
6 Selebriti TOP Malaysia Ini Pernah Bergelar ‘CIKGU’! Pelakon Jelita No.3 Memang Tak Sangka Sangat!

Bergelar seorang pendidik adalah satu pekerjaan yang mulia kerana dapat membantu dan membimbing seseorang itu sehingga menjadi individu yang berjaya. Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, berikut kami kongsikan selebriti yang pernah bergelar pendidik: 1. Ana Rafali Peserta Gema Gegar Vaganza ini merupakan seorang …

%d bloggers like this: