“Tolonglah Kuburkan Saja Saya!” rintihan anak kecil 4 tahun kepada ibunya dengan nada yang amat memilukan. Sampai bila penderitaannya akan berakhir?

Hikayat Dunia

Kanak-kanak lelaki ini baru berusia 4 tahun tetapi telah mengalami penderitaan yang tidak terhingga. Kesakitan yang ditanggungnya tidak dapat ditahan lagi, sehingga anak kecil ini memohon kepada ibunya setiap hari, “Tolong kuburkan saya sahaja, saya sudah tidak tahan diseksa begini lagi!”.

Du Sihan yang baru berusia 4 tahun dari China ini telah didiagnos dengan penyakit “Severe Thalassemia” sejak usianya belum mencecah 1 tahun. Thalassemia adalah satu penyakit berkaitan darah yang disebabkan oleh faktor genetik, yang menyebabkan kehadiran protein dalam sel darah merah (hemoglobin) dalam keadaan yang tidak normal. Ini telah menyebabkan peredaran darah tidak dapat berfungsi secara normal.

Kredit : happytify.cc

Anak kecil yang malang ini dengan wajah dan keadaan fizikalnya yang lemah terpaksa menanggung kesakitan setiap hari.

Dengan berasa sakit yang amat sangat, kanak-kanak lelaki ini sentiasa merayu kepada ibunya, “Tolong kuburkan saya sahaja!” Melihat penderitaannya yang begitu memilukan, ahli keluarganya tidak dapat menahan sebak.

Kesakitan dan penderitaannya mendapat perhatian orang ramai yang prihatin dan tersebar di dalam liputan media. Ramai yang berasa simpati dan menyumbang dan mengumpulkan dana sejumlah RM560,000 termasuk dari seorang jutawan yang bersimpati untuk rawatan dan pembedahannya.

Menurut sumber scnews.org, setiap hari Du Sihan yang malang ini telah merayu dan merintih kepada ibunya “Tolong kuburkan saya!”, kerana tidak tahan menanggung kesakitannya. Pada mula ibunya berfikir yang rintihannya itu hanya sebagai percakapan biasanya sahaja dan ibunya menjawab dengan nada gurauan, “Di mana kamu mahu ibu kuburkan kamu? Kamu mahu bermain sembunyi-sembunyi dengan ibu?”

Tetapi Du Sihan menjawab dengan nada serius, “Tidak, kuburkan saya di dalam tanah!” Nada rintihannya dengan perkataan yang sama setiap hari telah membuatkan ahli keluarganya tidak dapat menahan kesedihan dan merasai penderitaannya. Anak kecil ini berkata dengan bersungguh-sungguh dan perkataannya bagai orang dewasa yang menderita.

Kredit : happytify.cc

Du Sihan akan berasa sangat sakit semasa rawatan dan pemeriksaan ke atasnya dijalankan di hospital, tetapi dia akan menjerit buat sementara waktu dan tidak pernah menangis. Sebaliknya, ibu Du Sihan yang akan menangis melihat penderitaannya menahan kesakitan. Du Sihan melihat ibunya sambil tersenyum dan berkata, “Jangan menangis ya ibu… Jika ibu menangis, saya juga akan menangis.”

Pada bulan April 2012, kerana jangkitan selesema, Du Sihan yang masih kecil telah dibawa ke hospital. Namun setelah didiagnos, Du Sihan telah didapati menghidap “Severe Thalassemia” dan keluarganya terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Tetapi dengan ramai warga China yang telah menderma dengan sejumlah wang yang mencukupi, Du Sihan telah dapat menjalani pembedahan pemindahan sum-sum tulang.

Tetapi selepas pembedahan pemindahan tersebut, Du Sihan telah mengalami masalah jangkitan kuman. Dengan kesakitan yang berterusan selama 20 hari, mendapat demam panas yang berulang kali selama selama 40 hari dan mendapat jangkitan pada hempedu.

Apabila mengalami kesakitan di hempedu yang disebabkan oleh batu hempedu, Du Sihan berasa sakit yang amat sangat sambil mengetap giginya sehingga patah. Du Sihan tidak mahu menangis, sebaliknya bertahan dengan cara itu. Bapanya berasa sangat sedih melihat keadaan Du Sihan dan akhirnya membuat keputusan mahu melakukan pembedahan pemindahan sekali lagi di Guangzhou, China.

Tetapi Du Sihan sudah mengetahui masanya untuk berada di dunia sudah tidak lama lagi.

Kredit : happytify.cc

Selepas mengalami kesakitan yang amat sangat dan semakin menghampiri kematiannya, Du Sihan berkata kepada ibunya dengan wajah yang sayu, “Jika saya pergi, ibu akan dapat menjaga diri sendiri!” Du Sihan melelapkan mata dengan tenang dan tidur dengan nyenyak buat selama-lamanya.

Ibunya dengan nada sedih berkata, “Anak lelaki saya telah pergi meninggalkan dunia ini tanpa kesakitan.”

Du Sihan melalui sepanjang usianya dengan kesakitan fizikal dan mental serta diseksa secara dalaman setiap hari. Ramai yang tidak dapat merasai dan boleh membayangkan kesakitan yang dirasai Du Sihan sepanjang hidupnya.

Keluarganya telah membawa Du Sihan ke merata hospital dan pusat rawatan untuk mendapatkan rawatan. Tetapi akhirnya, Du Sihan telah menghembuskan nafas terakhirnya dengan aman dan tenang seperti mana yang dihajatinya.

Ibu bapanya berasa sedih kerana rintihannya untuk dikuburkan setiap hari itu akhirnya menjadi kenyataan.

Sedih dan memilukan kerana Du Sihan telah pergi meninggalkan keluarganya buat selama-lamanya.

Era Baru

 

 

budak hampir kemalangan
Hikayat Dunia
Seorang Ibu Tidak Sedar Anaknya Tercampak KELUAR..

Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat …

Hikayat Dunia
Rahsia Turun 16KG Sebulan, Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja..!

Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan. Hai girls. Hari …

Hikayat Dunia
Ramai Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Dilihat, Inilah Pemandu Yang Mempunyai Skill Tahap Dewa..!

Wow.. wow..!! Hebat betul lar brader nie dapat buat cam ni. Tidak takut jatuh ker?Sedikit info mengenai pemandu lori: Pemandu lori merupakan mereka yang menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat perindustrian dengan mengangkut barangan siap dan bahan mentah ke atas tanah, biasanya ke dan dari pusat pengilangan, pusat runcit dan pengedaran. …

%d bloggers like this: