Sungguh Kejam!!! Isteri Hampir Mati DiDera Suami Secara Fizikal Dan Seksual Dua Minggu Selepas Lahirkan Anak.

Hikayat Dunia

Berapa banyak yang kita benar-benar tahu tentang pasangan kita? Semakin hari, semakin banyak berita dalam media di mana kita telah melihat lelaki yang dari suami dan teman lelaki yang penyayang berubah menjadi seorang yang pemarah, ganas dan tidak berperikemanusiaan. Seperti halnya Aaron Uchitel, dia kelihatan seperti ayah yang sempurna, tetapi apabila isterinya dan bayi baru pulang dari hospital, dia berubah menjadi tidak berperikemanusiaan.

Prosper Ortega pada mulanya seperti mendapat kehidupan seperti yang diimpikan. Berkahwin pada 2015, beliau bakal melahirkan anak lelaki pada tahun berikutnya, dan tiada apa lagi yang membolehkan dia rasa lebih bahagia di samping pasangannya, Aaron betul-betul bahagia. Biarpun Aaron agak posesif, tetapi Prosper menganggapnya sebagai sifat cemburu pasangan yang normal. Apa yang Prosper tidak tahu adalah bahaya yang bakal menimpa hidupnya biarpun tanda-tanda keganasan mula kelihatan….

November 2015, pasangan suami isteri itu telah bertengkar, dan Aaron memukul Prosper di kepala. Prosper menelefon polis dan Aaron didakwa atas kesalahan memukul , serta diperintahkan oleh mahkamah untuk mengikuti kelas pengurusan kemarahan. Nampak seperti ada kemajuan, tetapi semuanya hanyalah mengaburi semata-mata…..

June 2016, Prosper telah melahirkan anak lelaki sihat yang diberi nama Ari, dan Aaron pun kelihatan teruja menjadi ayah. Prosper sungguh gembira dengan penambahan ahli keluarga, dan mengganggap keadaan akan berubah menjadi lebih baik….

Uchitel reportedly confessed to hitting her 'a couple of times' to police. The couple is pictured above after Prosper gave birth to their son Ari on June 17

Sayangnya untuk dua minggu berikutnya, selepas ibu dan anak pulang ke rumah, biarpun pada mulanya Aaron ada menjalankan tugas sebagai seorang bapa, tanpa disangka Aaron berubah sikap dalam sekelip mata menjadi ganas dan mengancam si ibu.

Prosper  dipukul dan didera oleh suaminya sendiri, dan apabila cuba melepaskan diri  dengan membawa bayinya lari dari rumah, beliau berjaya ditangkap oleh Aaron, diberi dadah secara paksa, dipukul lagi  dan dirogol dalam keadaan masih pantang selepas bersalin. Prosper cuba melawan Aaron, tetapi dengan kombinasi dadah yang diberikan oleh Aaron, ditambah dengan keadaannya yang lemah membuatkan  dia gagal.

Seksaan demi seksaan terus dilakukan oleh Aaron terhadap Prosper tanpa henti. Dia dipukul dan ditendang sehingga wajah, rahang dan rusuknya retak, muka ditumbuk sehingga giginya tercabut, dan lelangit mulutnya dirobek. Biarpun Aaron tidak mengancam bayi mereka langsung, bayi Ari akan menangis setiap kali ibunya dipukul dan diseksa, oleh itu Aaron menuang air panas menggelegak ke dalam telinga Prosper dengan tujuan supaya Prosper tidak dapat mendengar lagi  tangisan bayinya. Aaron juga begitu kejam sehinga tahap cuba untuk mengorek biji mata Prosper agak Prosper tak dapat melihat bayinya .

Dalam keadaan yang teruk, Prosper sekali lagi cuba untuk melepaskan diri, tetapi sekali lagi ditangkap oleh Aaron dan diseret ke bilik tidur, di mana dia diikat, dipukul lagi, dirogol tanpa belas kasihan, dibotakkan dan kepalanya dihentak dengan botol kaca. Prosper sudah betul-betul putus asa dan ingat yang dia akan mati.

Prosper Ortega's hair

Penyelamat datang tanpa disangka, iaitu ibu Prosper sendiri. 29 Jun, Fawn Ortega datang ke rumah mereka untuk melawat Prosper dan cucunya. Aaron cuba untuk menghalang Fawn, tetapi naluri ibu Fawn dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena, dan dengan kekuatan yang tidak dijangka datang dari mana, Fawn berjaya melawan Aaron dan menghubungi polis serta merta. Prosper dikejarkan di hospital dengan segera di saat paru-parunya mula gagal berfungsi dan dalam keadaan yang betul-betul kritikal, dan berjaya diselamatkan oleh hospital.

Fawn Ortega rescued her daughter from her Atlanta-area home (above) on Wednesday when she became concerned about her daughter. Once inside, she called police after finding Prosper Ortega severely injured

The brutally beaten woman (above) told authorities that her husband had drugged her, sexually assaulted her and beat her for two days

Dengan bantuan pembedahan plastik serta terapi fizikal, akhirnya Prosper pulih secara perlahan-lahan, dan masih mempunyai Ari di sisinya, dan menerima banyak sokongan dari ramai pihak. Aaron pula akhirnya telah ditahan dan dipenjara.

Prosper telah menubuhkan satu badan amal untuk membantu kaum wanita yang senasib dengannya. Biarpun trauma tersebut masih menyakitkan dan akan menghantuinya sampai bila-bila, tetapi beliau tetap positif dan percaya yang kehidupan masa hadapan akan menjadi lebih baik.

 

Sumber :

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: