Subhanallah…Kenyataan Ayah Terhadap Pembunuh Anaknya Ni Buatkan Seluruh Rakyat Amerika SEBAK…

Hikayat Dunia

Tahun 2015, anaknya yang ketika itu bekerja sebagai penghantar pizza mati ditikam selepas dirompak. Hari ni, kenyataan ayah mangsa, yang merupakan seorang Islam di mahkamah telah buat bukan sahaja pembunuh tu sebak, tetapi seluruh rakyat Amerika. Allahu. Subhanallah.

SUASANA hiba menyelubungi mahkamah di Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat apabila seorang bapa memberi keterangan memaafkan pembunuh anaknya.

Kenyataan Abdul Munim Sombat Jitmoud itu turut menyebabkan tertuduh, Trey Alexander Relford menitiskan air mata malah hakim turut bersedih sehingga menangguhkan prosiding untuk sementara waktu.

Ketika hukuman dijatuhkan, Abdul Munim turut memeluk Relford.

Menurut CNN, Abdul Mulim berkata, dia tidak marah Relfourd berhubung pembunuhan anaknya, Salahuddin.

SALAH SYAITAN PENGHASUT

“Saya menyalahkan syaitan kerana menyesatkan anda dan mengelirukan anda untuk melakukan jenayah yang begitu besar.

“Tidak, saya tidak menyalahkan anda. Saya tidak marah kepada anda sama sekali.

“Saya memaafkan kamu atas nama Salahuddin dan ibunya, dengan perbuatan membunuh dia.

“I blame the devil, for misguiding you and misleading you to do such a horible crime. No I don’t blame you. I’m not angry at you at all. I forgive you on behalf of Salahuddin and his mother. On the act of involving to kill him.”

PELUANG KEDUA

“Peluang untuk dimaafkan Tuhan terbuka. Jadi, hubungiNya. Anda bakal mempunyai babak kehidupan yang baru,” katanya kepada Relford di mahkamah.

PEMBUNUH MENANGIS

Dalam kejadian pada April 2015, Salahuddin membuat penghantaran pizza terakhir apabila dia ditikam sehingga mati dan dirompak di apartmen di Lexington, menurut stesen televisyen tempatan, WKYT.

Tiga ditahan bagi membantu siasatan kejadian itu tetapi hanya Relford didakwa.

Pihak berkuasa mendakwa, Relford yang merancang rompakan itu tetapi suspek menafikan membunuh Salahuddin.

Relford dihukum penjara 31 tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh, pembabitan dalam rompakan dan cubaan mengganggu bahan bukti berhubung kes itu.

VIDEO AYAH MANGSA MAAFKAN PEMBUNUH

 

Hikayat Dunia
“Handsomenya Macam Daddy Dia” – Walaupun Baru Berusia 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini. Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan …

Hikayat Dunia
Inilah Sebab Sebenar Mengapa Eira Syazira Sekeluarga Mengambil Keputusan Berpindah Ke Jakarta..

Diam-diam ubi berisi, begitulah yang boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin. “Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air …

Hikayat Dunia
Kenapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee butakan watak ‘Kassim Selamat’? Rupanya ini sebab yang mengejutkan..!!

Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara. Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi. Bagi peminat …

%d bloggers like this: